Berita Terkini

***Sila Penuhkan Borang di Page "ADUAN KEROSAKKAN ICT " Untuk memaklumkan sebarang kerosakkan pada peralatan ICT Sek. yang berdaftar

Sunday 4 December 2011

Sejarah SJKC Kuang Hwa

SJK (C) Kuang Hwa ialah sebuah sekolah rendah di Umbai, Melaka, Malaysia, yang diasaskan pada tahun 1932 oleh Tan Bonn Toh, Soon Chee Lian, Tan Chee Loon, dan Chan Eng yang merupakan orang-orang kenamaan di pekan Umbai ketika itu. Chan Eng telah dilantik menjadi guru besar pertama di sekolah ini.

SJK (C) Kuang Hwa bermula dengan 15 orang murid di sebuah bilik darjah pinjaman yang terletak di tingkat atas sebuah kedai di Pekan Umbai pada tahun 1932. Ini disebabkan kekurangan wang untuk membina sebuah bangunan sekolah.

Pada tahun 1935, bilangan muridnya telah meningkat kepada 30 orang. Pertambahan bilangan murid ini menyebabkan bilik darjah asalnya tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Oleh itu, lagi sebuah tingkat atas di rumah yang berhampiran dipinjam bagi menampung kekurangan yang dialami. Wang derma turut dipungut bagi menambahkan alat-alat kelengkapan sekolah ini.

Ketika Perang Dunia II tercetus pada tahun 1942, sekolah ini terpaksa ditutup. Chan Eng, iaitu guru besar sekolah ini, dibunuh oleh askar-askar Jepun. Sebahagian daripada bangunan sekolah ini juga runtuh kerana pengeboman jambatan Sungai Umbai oleh tentera British semasa mereka berundur.Pengeboman ini menyebabkan kelengkapan sekolah ini juga turut musnah.

Sewaktu pemerintahan Jepun, sekolah ini telah dijadikan "Sekolah Jepun". Pada tahun 1944, bilangan muridnya merosot sehingga 30 orang, dengan seorang guru sahaja. Hau Seng Kong kemudian dilantik menjadi guru besar sekolah ini pada tahun 1946. Bilangan murid semakin bertambah, namun demikian ibubapa-ibubapa mengharapkan pelajaran percuma diberikan kepada murid-murid. Ini menyebabkan sekolah mengalami kekurangan wang dan ini turut menjejaskan pencapaian murid-murid.

Bantuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Pada tahun 1952, barulah sekolah ini menerima bantuan penuh dari Kementerian Pelajaran, masalah kewangan kini dapat diatasi. Bilangan guru telah ditambah menjadi enam orang semuanya. Pada tahun 1959, bilangan murid bertambah melebihi 100 orang. Kekurangan bilik darjah berulang kembali. Untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah ini, waktu belajar murid-murid dibahagi kepada 2 sessi, iaitu satu sesi pagi dan satu sesi petang. Pada bulan Ogos 1959, guru besarnya meletakkan jawatan dan jawatannya diambil alih oleh Lim Kim Seng.

Sejak Lim Kim Seng memegang jawatan guru besar, sekolah ini semakin maju. Ini berdasarkan kepada bilangan murid yang semakin bertambah setiap tahun. Pencapaian murid-muridnya dalam peperiksaan juga turut membanggakan. Disebabkan bangunan sekolah yang dibina pada tahun 1939, kini bertambah usang, Lembaga Pengarah Sekolah (LPS) pada tahun 1968 telah membeli sekeping tanah seluas tiga ekar di Bt 91/2, Kampung Umbai, bagi tapak bangunan sekolah yang baru. Tempat ini juga dikenali dengan nama "Bukit Gereja". LPS kemudian memberikan tanah ini kepada Kementerian Pelajaran bagi membina bangunan sekolah.

Pada penghujung tahun 1974, kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah dimulakan, dan disiapkan pada bulan April 1975. Bangunan baru ini yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik guru besar, sebuah bilik kerani, sebuah bilik guru, 2 buah bilik stor, 4 buah tandas dan sebuah kantin, menelan belanja sebanyak RM144,000.

Sumber Dari : wikipedia,Website Lama sek.
                  

No comments:

Post a Comment

Labels